Isu LRT Ampang : George Kent Gagal Bidaan

3 ஜூலை 2012, 8:47 AM
Isu LRT Ampang : George Kent Gagal Bidaan

KUALA LUMPUR 3 JUN : PKR mendakwa konsortium yang memenangi tender projek sambungan LRT Ampang, George Kent, sebenarnya tidak layak dari segi pengalaman teknikal mahupun kemampuan kewangan untuk projek bernilai RM 960 juta itu.

Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata jurutera perunding Halcrow menunjukkan konsortium tersebut memperolehi markah rendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan.

Penilaian tersebut di hantar ke Syarikat Prasarana Negara Sdn Bhd (SPNB) yang bertanggungjawab untuk mengendalikan projek tersebut.

"Konsortium berkenaan langsung tiada pengalaman dalam projek rel dan hanya pernah kendalikan projek bernilai RM 40 juta.

"Sedangkan, tujuh pembida lain dalam tender berkenaan kesemuanya telah menyiapkan projek bernilai antara RM458 hingga RM5 bilion," dakwa Rafizi dalam satu sidang media di sini hari ini.

Mengikut dokumen yang diberikan kepada media, keputusan penilaian itu di dalam satu surat bertarikh September 2011 yang dihantar kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Surat tersebut dihantar oleh Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar.

"Berdasarkan dokumen-dokumen ini terbuktilah George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Malangnya keputusan Perdana Menteri untuk campur tangan dengan membatalkan keputusan panel jawatankuasa penilai menggambarkan ketidakprihatinan beliau terhadap bahaya dan risiko keselamatan awam," tegasnya.

Laporan sebelum mendakwa Najib campur tangan di dalam pemberian kontrak

projek LRT Ampang kepada George Kent.

Manakala Rafizi mendakwa SPNB telah memaklumkan bahawa Konsortium PDA terpilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek itu dalam satu surat bertarikh 22 Jun.

Rafizi mendakwa tindakan itu mengesahkan Najib telah bertindak menukar keputusan SPNB dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibatkan berbilion wang rakyat.

Sehubungan itu, Rafizi menyeru agar Najib Razak tampil menjelaskan sebab dan pertimbangan yang digunakan beliau sewaktu memberi keputusan menganugerahkan kerja-kerja tersebut kepada sebuah konsortium yang tidak layak.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619