Xavier: SYABAS Guna Taktik 'Ugutan' Takutkan Rakyat Selangor

1 பிப்ரவரி 2012, 9:30 AM
Xavier: SYABAS Guna Taktik 'Ugutan' Takutkan Rakyat Selangor

SHAH ALAM 1 FEB : Kerajaan Negeri kesal dengan taktik syarikat konsesi air, Syarikat bekalan Air Selangor (SYABAS) memaksa kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) secara tergesa-gesa tanpa mengkaji kepentingan rakyat Selangor secara menyeluruh.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Kah Fui dalam kenyataannya berkata keengganan SYABAS tidak meluluskan usaha menambahbaik penyaluran paip serta perkhidmatan pembersihan air masa hadapan itu adalah wajar atas alasan bekalan air tidak mencukupi.

Exco Selangor, Xavier Jayakumar menyifatkan kenyataan Peter sebagai suatu yang tidak beretika berserta ugutan kepada rakyat Selangor kerana kerajaan negeri sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa tiada sebarang tentangan untuk pembinaan Langat 2.

"Dalam isu ini, kita berpendirian bahawa keutamaan dan motif Kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek tersebut tanpa mengambil kira isu-isu lain.

"keutamaan perlu diberikan kepada penstrukturan semula perkhidmatan air seperti yang dikehendaki dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang bertujuan meningkatan kualiti air dan mutu perkhidmatan kepada rakyat,"katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.

Mengulas lanjut, Xavier menegaskan keutamaan kerajaan negeri untuk melaksanakan penstrukturan semula air bagi membenarkan kerajaan negeri menguruskan kadar tarif air jauh lebih rendah berbanding kenaikan 37 peratus yang dicadangkan SYABAS.

"Sekirannya penstrukturan ini berada di peringkat akhir, barulah Kerajaan Negeri tiada sebarang masalah untuk meluluskan pembinaan projek Langat 2,"katanya.

Bercakap kepada pemberita, Xavier menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan seharusnya melihat kepada permasalahan sebenar iaitu masalah pengurusan dan perkhidmatan yang lemah syarikat konsesi dan bukannya menumpukan kepentingan kroni berbanding rakyat.

"Kerajaan Negeri sedar pendekatan terbaru ini adalah sebahagian pelengkap kepada taktik menakut-nakutkan rakyat kononnya lembah Klang akan mengalami krisis air," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Xavier berkata Loji Rawatan Sungai labu, Negeri Sembialan boleh beroperasi pada bila-bila masa dan tidak akan berlaku kelewatan seperti yang didakwa Menteri berkenaan.

Ini kerana Kerajaan Negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd,  yang mempunyai kepakaran menguruskan loji tersebut.

Sehubungan itu kerajaan negeri tetap bertegas untuk mengurus tadbir isu bekalan air bagi memastikan rakyat negeri itu mendapat manfaat dari pemberian 20 meter padu air percuma dapat diteruskan.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619