Belia digalak sertai Askar Wataniah, bentuk disiplin, bina sahsiah diri

29 Apr 2026, 9:26 AM
Belia digalak sertai Askar Wataniah, bentuk disiplin, bina sahsiah diri
Belia digalak sertai Askar Wataniah, bentuk disiplin, bina sahsiah diri

SHAH ALAM, 29 APRIL: Golongan belia digalakkan menyertai pasukan Askar Wataniah berikutan manfaat besar yang ditawarkan dalam pembentukan sahsiah serta pembangunan potensi diri dan kerjaya.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi berkata penglibatan dalam badan beruniform itu mampu melahirkan modal insan berdisiplin, berdaya kepimpinan serta berkemahiran dalam membuat keputusan.

Menurutnya, penyertaan dalam pasukan tersebut turut membantu belia meningkatkan keupayaan menghadapi situasi mencabar termasuk krisis.

“Saya amat menggalakkan golongan belia di luar sana mengambil peluang untuk turut sama terlibat menyertai pasukan Askar Wataniah. Banyak kelebihan dan manfaat terutamanya dalam meningkatkan sahsiah dan mengembangkan potensi diri dan kerjaya.

“Secara peribadi, penglibatan di dalam pasukan ini telah banyak membentuk disiplin dan membina sahsiah sebagai seorang pemimpin muda,” katanya kepada Media Selangor.

Terdahulu, Mohd Najwan menerima kenaikan pangkat dari Prebet kepada Lans Koperal dalam Majlis Pemakaian Anggota Sukarela Rejiman 502 Askar Wataniah di Kem Askar Wataniah Rejimen 502, Sungai Buloh.

Acara pemakaian pangkat itu yang melibatkan empat pegawai dan tujuh anggota itu disempurnakan Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Ridzwan Shoib.

“Alhamdulillah, kenaikan pangkat ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan bagi saya yang telah terlibat sebagai anggota Askar Wataniah sejak 2015,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619