EXCO

Anak muda digalak sertai Askar Wataniah, pupuk disiplin, perkukuh jati diri

8 Ogos 2024, 1:22 PM
Anak muda digalak sertai Askar Wataniah, pupuk disiplin, perkukuh jati diri
Anak muda digalak sertai Askar Wataniah, pupuk disiplin, perkukuh jati diri
Anak muda digalak sertai Askar Wataniah, pupuk disiplin, perkukuh jati diri

SHAH ALAM, 8 OGOS: Golongan muda digalak sertai pasukan Askar Wataniah yang membantu memupuk disiplin serta membina ketahanan mental dan fizikal.

EXCO Belia Najwan Halimi selain itu berkata melalui kursus dan latihan yang disediakan anggota Askar Wataniah juga berpeluang menimba ilmu ketenteraan serta memperkukuh jati diri.

"Alhamdulillah, saya bangga melihat penglibatan ramai anak muda dari pelbagai latar belakang dalam kursus ini yang pernah saya sertai pada tahun 2015.

"Saya amat menggalakkan penyertaan golongan muda di dalam pasukan Askar Wataniah ini," katanya menerusi X.

Beliau sebelum itu menghadiri upacara pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 3/2024 Rejimen 502 Askar Wataniah di Kem Sungai Buloh hari ini.

[caption id="attachment_656808" align="aligncenter" width="1089"] EXCO Belia Najwan Halimi menghadiri upacara pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 3/2024 Rejimen 502 Askar Wataniah di Kem Sungai Buloh pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Najwan Halimi[/caption]

[caption id="attachment_656809" align="aligncenter" width="1096"] EXCO Belia Najwan Halimi melakukan tekan tubi ketika menghadiri upacara pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 3/2024 Rejimen 502 Askar Wataniah di Kem Sungai Buloh pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Najwan Halimi[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619