MB: Kerja korek Sungai Klang kurangkan risiko banjir

28 Apr 2026, 1:46 PM
MB: Kerja korek Sungai Klang kurangkan risiko banjir

SHAH ALAM, 28 APRIL: Kerja pengorekan Sungai Klang sepanjang 54 kilometer (km) berjaya meningkatkan kapasiti sungai itu sebanyak 20 peratus, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha tersebut memberi kesan positif apabila beberapa kawasan yang sebelum ini kerap dilanda banjir kini tidak lagi dinaiki air atau menunjukkan pengurangan ketara, termasuk di Bukit Lanchong dan Kampung Lombong.

"Pembersihan Sungai Klang masih berterusan yang mana sebanyak 87,000 tan sampah berjaya dikeluarkan menggunakan mesin pengutip sampah Interceptor menerusi projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

"Malah, kita teruskan dengan laksana kerja pengorekan dan usaha ini beri kesan apabila kapasiti Sungai Klang meningkat kepada 20 peratus," katanya ketika sesi penggulungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Ogos tahun lalu, EXCO infrastruktur berkata kerja pengorekan Sungai Klang sepanjang 54km dijangka selesai dalam tempoh lima tahun sekali gus memastikan kedalaman air Sungai Klang kembali pulih.

Dato’ Ir Izham Hashim berkata kerja itu dilaksanakan berikutan lambakan sampah dan mendapan lumpur yang terlalu banyak sehingga paras air Sungai Klang tinggal kira-kira satu meter sahaja berbanding kedalaman asal empat meter.

Jelasnya, Kerajaan Negeri menerusi projek bawah Gerbang Maritim Selangor (SMG) kendalian Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) melakukan kerja pengorekan Sungai Klang bermula dua tahun lalu.

Katanya, bukan plastik dan sampah pukal sahaja dikeluarkan tetapi tilam, basikal dan kereta sorong juga ditemui. Kerja pengorekan dilakukan tiga jentera pengorek dilaksanakan sejauh 8km dan untuk seluruh Sungai Klang ia ambil masa lima tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619