MetMalaysia: 15 kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

26 Apr 2026, 1:44 PM
MetMalaysia: 15 kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 15 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Semenanjung, kawasan terlibat ialah seluruh Perlis manakala di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Kota Setar, Kuala Muda dan Sik.

Turut tersenarai ialah kawasan Hulu Perak di Perak serta Machang dan Pasir Mas di Kelantan.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Beaufort serta tiga kawasan di Sarawak membabitkan Kapit, Limbang dan Marudi.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu menerusi https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.

-- BERNAMA

TAG: Metmalaysia, cuaca panas, Tahap 1, Semenanjung, Sabah, Sarawak

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619