Iran sahkan kapal dirampas AS, beri amaran tindak balas

20 Apr 2026, 1:08 AM
Iran sahkan kapal dirampas AS, beri amaran tindak balas
Iran sahkan kapal dirampas AS, beri amaran tindak balas
Iran sahkan kapal dirampas AS, beri amaran tindak balas
Iran sahkan kapal dirampas AS, beri amaran tindak balas

ISTANBUL, 20 APRIL: Iran mengesahkan tentera Amerika Syarikat (AS) merampas sebuah kapal milik negara itu dan memberi amaran akan bertindak balas “tidak lama lagi”, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.

Menurut Fars News Agency, Markas Pusat Khatam al-Anbiya memaklumkan bahawa tentera AS menyasarkan kapal berkenaan, melumpuhkan sistem navigasi dan kemudian menaikinya dalam insiden yang didakwa sebagai pencabulan gencatan senjata.

Jurucakap tentera Iran Ebrahim Zolfaghari berkata tentera AS melepaskan tembakan ke arah kapal itu sebelum menaikinya.

“Amerika Syarikat yang bertindak agresif dengan melanggar gencatan senjata dan melakukan lanun maritim, telah menyerang sebuah kapal Iran selepas melumpuhkan sistem navigasinya.

“Kami memberi amaran bahawa angkatan tentera Iran akan segera bertindak balas dan membalas perbuatan lanun bersenjata oleh tentera AS ini,” kata Zolfaghari.

Semalam, Presiden AS Donald Trump berkata AS telah memintas sebuah kapal kargo berbendera Iran.

“Hari ini, sebuah kapal kargo berbendera Iran bernama TOUSKA … cuba melepasi sekatan laut kami, dan ia tidak berjalan lancar untuk mereka,” kata Trump menerusi platform Truth Social.

Beliau juga berkata kapal itu mengabaikan amaran AS supaya berhenti, sambil mendakwa sebuah kapal tentera laut AS menghentikan pergerakan mereka serta-merta dengan menyerang bilik enjin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619