Iran beri amaran tutup jangka panjang Selat Hormuz kepada AS, Israel, negara penyokong

3 Apr 2026, 2:23 PM
Iran beri amaran tutup jangka panjang Selat Hormuz kepada AS, Israel, negara penyokong

TEHRAN, 3 APRIL: Seorang jurucakap kanan Angkatan Tentera Iran berkata Selat Hormuz akan ditutup kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk tempoh yang sangat panjang, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Bercakap dalam temu bual dengan televisyen kerajaan pada lewat Khamis, Jurucakap Staf Am Angkatan Tentera Brigedier Jeneral Abolfazl Shekarchi menegaskan bahawa pihak berkuasa Iran telah memutuskan untuk menutup Selat Hormuz kepada kapal yang berkaitan dengan AS, Israel dan negara yang menyokong serangan terhadap Iran.

Beliau berkata sepanjang konflik itu, beberapa kapal tangki telah diserang kerana melalui selat berkenaan tanpa kebenaran Tehran.

Pada 25 Mac, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi mengumumkan bahawa Iran membenarkan kapal milik negara sahabat melalui Selat Hormuz, termasuk Rusia, India, Iraq, China dan Pakistan.

-- BERNAMA-MNA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619