Remaja dikhuatiri lemas ketika cari kepah di Pantai Balok

18 Apr 2026, 12:00 AM
Remaja dikhuatiri lemas ketika cari kepah di Pantai Balok

KUANTAN, 18 APRIL: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah di Pantai Balok di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa berusia 16 tahun itu pada 6.02 petang.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba tidak lama kemudian, sebelum memulakan operasi pencarian di pesisir pantai dengan bantuan orang awam.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Salahuddin berkata Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuantan turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut bagi membantu operasi pencarian.

Beliau berkata operasi tersebut melibatkan 12 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah pacuan empat roda, sebuah lori dan sebuah unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619