Dua remaja dikhuatiri lemas di Sungai Pahang

4 Apr 2026, 8:45 AM
Dua remaja dikhuatiri lemas di Sungai Pahang

SHAH ALAM, 4 APRIL: Niat ingin mengukur kedalaman air Sungai Pahang bertukar tragedi apabila dua remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas dalam kejadian di Kampung Durian Hijau, Jerantut semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, insiden berlaku jam 3.30 petang ketika kedua-dua mangsa bersama lima rakan lain mandi di sungai berkenaan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kumpulan remaja itu menuju ke tengah sungai bagi mengukur kedalaman air sebelum empat daripada mereka tiba-tiba tenggelam.

“Dua daripada mereka berjaya berenang ke tebing, manakala dua lagi mangsa tenggelam timbul sambil menjerit meminta tolong sebelum hilang dari pandangan,” katanya.

Beliau berkata, keadaan sungai ketika kejadian didapati cetek namun mempunyai struktur dasar berpasir yang tidak sekata sehingga meningkatkan risiko lemas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa masih belum ditemui setakat jam 7 malam tadi.

Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dipercayai lemas dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619