Malaysia unggul dalam penarafan data terbuka, atasi 197 negara

17 Apr 2026, 1:30 AM
Malaysia unggul dalam penarafan data terbuka, atasi 197 negara
Malaysia unggul dalam penarafan data terbuka, atasi 197 negara

SHAH ALAM, 17 APRIL: Malaysia mencatat sejarah baharu apabila buat julung kalinya menduduki tangga pertama di peringkat global dalam laporan dwi-tahunan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, mengatasi 197 negara lain.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), laporan yang dikeluarkan oleh Open Data Watch (ODW) itu menyaksikan Malaysia melonjak ketara daripada kedudukan ke-67 dalam penilaian ODIN 2022/23.

“Malaysia buat julung kalinya menduduki tangga pertama (1) di peringkat global dalam laporan dwi-tahunan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 yang dikeluarkan oleh Open Data Watch (ODW).

“Pencapaian ini merupakan lonjakan ketara daripada kedudukan ke-67 dalam penilaian ODIN 2022/23,” menurut kenyataan Laporan Banci Pertanian 2024: Selangor, semalam.

DOSM menyifatkan pencapaian tersebut sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha negara dalam memperkukuh sistem data terbuka yang lebih telus dan berkualiti.

Dalam pada itu, DOSM memaklumkan Banci Ekonomi 2026 sedang dilaksanakan dari 5 Disember 2025 hingga 31 November ini bagi mengumpul data menyeluruh dan berstruktur daripada semua pertubuhan perniagaan berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia.

Menurutnya, pelaksanaan banci itu adalah bagi menilai prestasi, struktur serta ciri-ciri ekonomi negara secara komprehensif dan berasaskan bukti, sekali gus menyokong perancangan dasar yang lebih berkesan.

DOSM berkata, usaha tersebut selari dengan aspirasi negara dalam memperkukuh ekosistem data nasional yang lebih sistematik dan berintegriti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619