SIBS@ASEAN beri fokus kepada jaringan perniagaan serantau, bukan nilai transaksi

16 Apr 2026, 11:45 AM
SIBS@ASEAN beri fokus kepada jaringan perniagaan serantau, bukan nilai transaksi

RAWANG, 16 APRIL: Selangor tidak menetapkan sasaran nilai transaksi bagi edisi sulung Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) @ASEAN di Bandung, Indonesia pada Julai ini.

EXCO Pelaburan, Ng Sze Han berkata langkah itu mencerminkan sifat penerokaan inisiatif berkenaan yang lebih tertumpu kepada pembinaan jaringan serantau berbanding pulangan komersial segera.

“Sub-acara di Bandung ini menandakan kali pertama SIBS diadakan di luar Selangor dan ia direka untuk membantu syarikat berpangkalan di Selangor meneroka pasaran antarabangsa yang lebih luas, khususnya dalam rantau ASEAN,” katanya.

Beliau berkata ketika majlis perasmian kemudahan syarikat paparan China, SmartWin Electronics Technology di sini hari ini.

EXCO Pelaburan, Ng Sze Han ketika ketika majlis perasmian kemudahan syarikat paparan China, SmartWin Electronics Technology di Rawang pada 16 April 2026. Foto KHAIRUL HELMY/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata inisiatif itu memberi keutamaan kepada usaha membantu syarikat tempatan mengembangkan perniagaan ke luar negara serta meneroka peluang pasaran baharu, berbanding menarik pelaburan masuk ke Selangor.

“Program ini dijangka mengukuhkan peranan Selangor sebagai pemudah cara perniagaan serantau dengan mewujudkan peluang jaringan baharu antara pemain industri Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Sze Han turut menjelaskan selain akses pasaran, Kerajaan Negeri turut meletakkan inisiatif itu sebagai sebahagian strategi lebih luas untuk menyokong perniagaan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Ini termasuk usaha membantu syarikat mengurangkan kos operasi melalui proses yang lebih cekap, termasuk kelulusan lebih pantas serta prosedur pelesenan yang dipermudah.

“Kerajaan Negeri akan terus memperhalusi dasar mesra perniagaan bagi memastikan Selangor kekal kompetitif dalam menarik dan mengekalkan pelabur, khususnya ketika rantaian bekalan global terus berubah,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619