Jualan Rahmah di enam lokasi hari ini, semak tempat anda

15 Apr 2026, 12:45 AM
Jualan Rahmah di enam lokasi hari ini, semak tempat anda

SHAH ALAM, 15 APRIL: Program Jualan Rahmah MADANI yang dijayakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di enam lokasi hari ini.

Menurut maklumat dikongsikan PKPS, program berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 petang di DUN Kuala Kubu Baharu, Pandan, Hulu Kelang dan Selat Klang.

Sementara itu, sesi petang dari jam 3.30 hingga 6.30 petang akan diadakan di DUN Permatang dan Taman Templer.

Antara lokasi terlibat termasuk Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Baharu, Jalan Pandan 3/5 Pandan Jaya, Tapak Pasar Malam AU4 Lembah Keramat serta Padang KRT 2 Bandar Sultan Suleiman.

Bagi sesi petang pula, program berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya dan Jalan 11 (Tangki Air) Selayang Baru.

Orang ramai digalakkan hadir awal bagi mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619