Jualan Rahmah diteruskan, bantu rakyat jimat kos sara hidup

31 Mac 2026, 11:01 AM
Jualan Rahmah diteruskan, bantu rakyat jimat kos sara hidup

SHAH ALAM, 31 MAC: Program Jualan Rahmah MADANI diteruskan hari ini di enam lokasi sekitar Selangor bagi membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Program berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 petang di Surau Al-Maarif Islamiyyah (DUN Bukit Antarabangsa), Kedai Makan Minum Hj Ramli Kampung Assam Jawa (DUN Bukit Melawati), Dataran Pangsapuri Teratai (DUN Teratai) serta Masjid Al-Amin Seksyen 17 (DUN Batu Tiga).

Sesi petang pula diadakan dari jam 3.30 hingga 6.30 petang di Pangsapuri PKNS SS8 (DUN Seri Setia) dan Balairaya Kubang Beras, Bukit Changgang (DUN Dengkil).

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan asas pada harga berpatutan.

Orang ramai digalakkan hadir ke lokasi terdekat bagi memanfaatkan inisiatif tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619