Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan

13 Apr 2026, 2:54 PM
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan

KUCHING, 13 APRIL: Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel mencukupi, namun langkah penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan tiada ketirisan dalam rantaian bekalan, khususnya semasa situasi ketidaktentuan global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata terdapat beberapa gangguan terpencil dilaporkan namun ia berpunca daripada isu logistik seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan serta depoh dan bukan kekurangan bekalan.

“Isu-isu ini telah dan sedang ditangani segera. Sehubungan itu, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan sekiranya terdapat stesen minyak mengalami kekurangan bekalan melalui platform aduan rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Kampung Bratan di sini hari ini.

Armizan berkata kerajaan akan terus memperkukuh PJRM sebagai satu daripada mekanisme intervensi utama bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

Beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Mac tahun ini, sebanyak 7,320 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara dengan lebih 7.38 juta transaksi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619