Sekat Selat Hormuz: Iran sifatkan rancangan AS 'tindakan lanun'

13 Apr 2026, 9:06 AM
Sekat Selat Hormuz: Iran sifatkan rancangan AS 'tindakan lanun'

TEHRAN, 13 APRIL: Angkatan Tentera Iran menyifatkan sekatan di Selat Hormuz yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai satu "tindakan lanun", lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita separa rasmi Tasnim pada Isnin.

Sekatan ke atas perkapalan di perairan antarabangsa merupakan satu langkah yang menyalahi undang-undang, menurut jurucakap kepimpinan tentera Iran seperti yang dipetik oleh Tasnim.

"Keselamatan pelabuhan di Teluk Parsi dan Teluk Oman adalah sama ada untuk semua orang atau tidak kepada sesiapa pun," menurut jurucakap itu.

Trump sebelum ini mengumumkan rancangan AS untuk menyekat Selat Hormuz dengan menggunakan ketenteraan AS bermula Isnin pada pukul 10 pagi (1400 GMT).

Bermula tempoh itu, trafik maritim bagi kapal-kapal yang singgah atau meninggalkan pelabuhan Iran akan disekat, menurut pengumuman arahan serantau AS untuk Asia Barat.

Presiden AS itu mengumumkan sekatan berkenaan selepas rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran di ibu negara Pakistan, Islamabad, gagal pada Ahad.

Trump berhasrat menggunakan sekatan itu bagi menghalang Iran daripada menuntut yuran daripada syarikat perkapalan untuk laluan melalui selat itu, selain bertujuan memutuskan pendapatan minyak negara berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619