Ribut petir, hujan lebat dijangka landa sebahagian besar negara

7 Apr 2026, 11:47 AM
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa sebahagian besar negara
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa sebahagian besar negara

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri yang terlibat ialah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di Negeri Sembilan, Johor (Segamat), Sarawak melibatkan Kuching, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Telang Usan) manakala Sabah, iaitu Pedalaman (Beaufort dan Nabawan) dan Sandakan (Beluran).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619