Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari

5 Apr 2026, 1:34 AM
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan berlaku di empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 1 tengah hari ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Perak ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Amaran sama turut dijangka berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan, manakala di Sarawak, kawasan yang diramalkan terjejas ialah Kapit meliputi Bukit Mabong dan Belaga, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619