Kapal Malaysia lepasi Selat Hormuz, Iran beri laluan selamat

7 Apr 2026, 12:23 AM
Kapal Malaysia lepasi Selat Hormuz, Iran beri laluan selamat

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Kementerian Luar pada Selasa mengesahkan bahawa sebuah daripada tujuh kapal komersial milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz berikutan perkembangan situasi di Asia Barat telah diberikan laluan selamat dan kini sedang menuju ke destinasi terakhirnya.

Wisma Putra memaklumkan hasil positif itu adalah susulan penglibatan diplomatik peringkat tinggi.

Ini termasuk perbualan telefon yang konstruktif antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada 26 Mac, serta antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi pada 24 Mac.

“Malaysia kekal komited terhadap prinsip kebebasan navigasi, keselamatan dan jaminan laluan maritim, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

"Malaysia juga menegaskan semula kepentingan dialog yang berterusan dan penglibatan diplomatik dalam menangani cabaran serantau serta mengekalkan keamanan dan kestabilan,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, Kedutaan Iran di Malaysia memaklumkan bahawa kapal pertama Malaysia telah melalui Selat Hormuz.

“Kami telah menyatakan bahawa Republik Islam Iran tidak melupakan rakan-rakannya,” menurut hantaran kedutaan itu di platform X.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619