Panas berpanjangan hingga Jun, hujan hanya sementara

6 Apr 2026, 5:35 AM
Panas berpanjangan hingga Jun, hujan hanya sementara

SHAH ALAM, 6 APR: Cuaca panas yang melanda negara dijangka berterusan hingga Jun ini walaupun beberapa kawasan menerima hujan sejak kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ambun Dindang berkata hujan yang berlaku ketika peralihan monsun hanya bersifat sementara dan tidak memberi kesan besar terhadap suhu.

“Walaupun hujan berlaku, ia hanya bersifat setempat dan dalam tempoh singkat. Keadaan ini tidak menurunkan suhu secara ketara, khususnya di utara dan pedalaman Semenanjung.

“Justeru, cuaca panas dijangka berterusan sehingga Jun,” katanya, seperti dilapor RTM.

Beliau berkata hujan singkat itu juga berpotensi mencetuskan cuaca ekstrem seperti ribut petir, angin kencang dan banjir kilat, terutama di kawasan bandar.

Selain itu, pembentukan awan besar semasa peralihan monsun boleh meningkatkan risiko kilat dan hujan lebat dalam tempoh singkat.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di kawasan tertentu bermula hari ini hingga 9 April, khususnya di utara Semenanjung.

Langkah itu bertujuan meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan air serta membantu menstabilkan paras empangan yang terjejas akibat cuaca panas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619