SELANGOR

Kempen GEMPUR beri peringatan kepada penjawat awam

14 Feb 2018, 6:41 AM
Kempen GEMPUR beri peringatan kepada penjawat awam
Kempen GEMPUR beri peringatan kepada penjawat awam

OLEH SABIRAH AZIZ

CYBERJAYA, 14 FEB: Penjenamaan semula Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) yang dilaksanakan serentak di seluruh negara semalam, bertujuan memberi peringatan kepada penjawat awam supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Dato’ Alias Salim berkata, kempen itu sebelum ini dilaksanakan pada 2010 melalui kempen ‘Perangi Pemberi Rasuah’.

"Melalui kempen ini, kita mahu memberi peringatan kepada penjawat awam terutamanya yang terlibat dalam tugas penguatkuasaan, perolehan dan perlesenan supaya menolak rasuah dan terus melaporkan perbuatan berkenaan kepada SPRM.

"Kita telah kemaskan program ini supaya Kempen GEMPUR yang dilaksanakan dapat mendidik masyarakat untuk sedar tentang pemberi rasuah," katanya.

Katanya, pemberi rasuah sudah ramai ditangkap yang mana ia adalah satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 kerana memberi rasuah kepada penjawat awam.

"Kita mahu penjawat awam tidak menerima rasuah daripada orang ramai dalam apa jua situasi," katanya.

Pelaksanaan kempen itu juga selaras dengan sasaran SPRM untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada jenayah rasuah dan salah guna kuasa sekali gus melengkapkan kempen 3J (Jangan hulur, Jangan kawtim, Jangan settle) yang dilancarkan sebelum ini.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619