AGENDA

Belum muktamad tapi PM percaya Lembah Klang boleh nikmati fasa dua

30 Ogos 2021, 3:13 AM
Belum muktamad tapi PM percaya Lembah Klang boleh nikmati fasa dua
Belum muktamad tapi PM percaya Lembah Klang boleh nikmati fasa dua

SHAH ALAM, 30 OGOS: Perdana menteri percaya penduduk Lembah Klang termasuk Selangor boleh menikmati kelonggaran fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila negeri ini sudah melepasi 80 peratus kadar suntikan vaksin.

"Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus! Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menulis ringkas di Facebook hari ini, beliau bagaimanapun berkata keputusan muktamad tentang kelonggaran itu akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

"Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, Insya-Allah," katanya lagi.

Angka Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menunjukkan lebih 5.5 juta orang atau 66.1 peratus penduduk sudah lengkap dua suntikan, sementara lebih 6.8 juta orang atau 81.2 peratus menerima satu dos.

Bagi kategori penduduk dewasa pula, setakat tengah malam tadi, 90.3 peratus sudah lengkap menerima dua dos, manakala 110.9 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan.

 

[caption id="attachment_485498" align="aligncenter" width="500"] Infografik laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 29 Ogos 2021 yang disediakan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) setakat 29 Ogos 2021.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619