AGENSI

2,600 penduduk, warga asing di Seri Serdang daftar Selvax Komuniti

28 Jul 2021, 7:44 AM
2,600 penduduk, warga asing di Seri Serdang daftar Selvax Komuniti

BUKIT JALIL, 28 JULAI: Seramai 2,600 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang mendaftar Program Selangor Vaksin (Selvax) Komuniti anjuran Kerajaan Negeri.

Penyelaras Selcare Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Aurora Place berkata jumlah itu melengkapkan kuota DUN berkenaan melibatkan 1,100 individu pada peringkat pertama semalam manakala 1,500 orang pada hari ini.

Menurut Nur Zulhafizah Zakaria daripada jumlah berkenaan kira-kira 200 warga asing yang menpunyai permit sah turut menerima manfaat program percuma itu.

"Dengan langkah ini matlamat membentuk imuniti kelompok dapat dicapai lebih cepat sekali gus mengekang jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat," katanya ketika ditemui.

Nur Zulhafizah berkata program selama dua hari itu berjalan lancar walaupun menerima penyertaan yang tinggi hasil kerjasama sukarelawan pihak DUN dengan petugas Selcare.

"Urusan pendaftaran dikendalikan pihak DUN manakala Selcare mengendalikan proses vaksinasi peserta," katanya.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menjayakan Selvax Industri dan Selvax Komuniti di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi melengkap serta mempercepatkan proses suntikan pelalian rakyat.

Program Selvax Komuniti itu bakal memanfaatkan 1.25 juta penduduk negeri ini yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan penerima Inisiatif Peduli Rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619