AGENSI

Ekzema: Krim steroid berlebihan boleh cetus ketulan pada badan

11 Sep 2024, 5:10 AM
Ekzema: Krim steroid berlebihan boleh cetus ketulan pada badan

Oleh Amirahwani Raimi

SHAH ALAM, 11 SEPT: Pesakit radang kulit atau ekzema dinasihatkan tidak menggunakan krim steroid secara berlebihan bagi mengelak kesan sampingan, kata pegawai perubatan Selcare.

Dr Emithraa Selvaraj berkata penggunaan tidak terkawal boleh menyebabkan sindrom cushing seperti bonggol atau ketulan pada badan yang mudah terkena pada bayi dan kanak-kanak.

"Sindrom cushing ini menjadikan muka sangat bulat dengan pengumpulan lemak di belakang bahu dan leher. Pesakit juga berpotensi mendapat tekanan darah tinggi dan kencing manis," katanya.

Sindrom Cushing berlaku apabila badan menghasilkan terlalu banyak hormon kortisol (hormon steroid) pada kelenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang.

Meskipun jarang berlaku, penyakit itu boleh menyerang individu yang mengambil ubat-ubatan mengandungi kandungan steroid tinggi untuk jangka masa lama.

Bercakap dalam program Hai Selangor terbitan SelangorTV semalam, Dr Emithraa berkata sapuan krim steroid hanya perlu menggunakan hujung jari dengan kuantiti kecil dalam tempoh tertentu.

Pada masa sama, jelasnya, ekzema tidak berjangkit termasuk melalui sentuhan, justeru orang ramai tidak perlu bimbang untuk beraktiviti bersama mereka yang menghidap penyakit itu.

"Ekzema ini lebih kepada genetik, sejarah keluarga dan sistem imunisasi. Jika bergaul atau bersentuhan dengan pesakit ekzema, ia tidak akan berjangkit," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619