BERITA UTAMA

Peniaga PKS dipelawa mohon geran padanan kumpulan kedua mulai1 Ogos

27 Jul 2021, 6:37 AM
Peniaga PKS dipelawa mohon geran padanan kumpulan kedua mulai1 Ogos

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri mempelawa peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memohon Geran Padanan Digitalisasi kumpulan kedua yang dibuka pada 1 Ogos nanti.

EXCO industri kecil dan sederhana berkata pemberian geran itu dapat membantu peniaga beralih dari konsep fizikal ke maya.

"Inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada 1,000 PKS Selangor dengan nilai keseluruhan geran RM5 juta.

"Selain itu, menerusi pemberian geran ini kita berharap dapat membantu usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan mereka," kata Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berucap pada sidang media secara maya sempena pelancaran ‘Selangor Accelerator Programme 2021’ (SAP) melalui aplikasi Zoom hari ini.

Pada 12 April, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan geran tersebut untuk membantu PKS melakukan transformasi digital.

Sebanyak RM5 juta diperuntuk bagi manfaat 1,000 peniaga kecil dengan jumlah bantuan antara RM1,000 hingga RM5,000.

Lima bidang pendigitalan yang ditawarkan ialah e-dagang, sistem sumber manusia, sistem akaun, pemasaran digital dan sistem Electronic Point of Sale (e-PoS) dan gerbang pembayaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619