BERITA UTAMA

250,000 bekalan baharu vaksin tingkat keupayaan Selvax

22 Jul 2021, 9:40 AM
250,000 bekalan baharu vaksin tingkat keupayaan Selvax

SHAH ALAM, 22 JULAI: Bekalan 250,000 vaksin Covid-19 diterima berperingkat mulai esok membolehkan lebih ramai mendapat pelalian itu menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

EXCO perindustrian berkata suntikan kepada masyarakat terutama pekerja industri akan dipertingkat berikutan ketika ini hanya sekitar 4,000 penerima sehari sedangkan Selvax berupaya memberi 47,000 suntikan sehari.

"Usaha ini akan diperhebat apabila bekalan baharu diterima, mengikut persetujuan diberikan kerajaan pusat sebanyak 250,000 dos vaksin akan dibekalkan secara berperingkat mulai 23 Julai (esok).

"Setiap penghantaran membabitkan kira-kira 83,000 dos, kita yakin dapat memberikan semua vaksin itu menjelang Ogos," kata Dato' Teng Chang Kim ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya seramai 13,811 penerima lengkap dua dos suntikan vaksin manakala 80,182 mendapat satu dos di bawah Selvax Industri dan Komuniti sejak 7 Julai sehingga semalam.

Jelasnya, daripada jumlah itu 12,507 orang daripada Selvax Industri dan 1,304 individu Selvax Komuniti.

Pada 30 Jun, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini.

Program itu bakal memanfaatkan 1.25 juta penduduk di Selangor yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Maklumat lanjut mengenai Selvax boleh didapati dengan melayari laman web https://vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619