AGENSI

Lebih 2,000 hadir saringan di Batang Kali dan Jeram, 65 disyaki positif

7 Jun 2021, 12:14 PM
Lebih 2,000 hadir saringan di Batang Kali dan Jeram, 65 disyaki positif

JERAM, 7 JUN : Seramai 65 daripada 2,616 peserta Saringan Komuniti percuma di Batang Kali dan Jeram disyaki positif Covid-19, kata pengarah Pasukan Petugas Operasi Selangor (STFO).

Dr Muhammad Farhan Rosli berkata saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) melibatkan 1,687 individu di Batang Kali mengesan 53 kes serta 931 (12) di Jeram.

"Kita berharap individu disyaki positif melakukan kuarantin kendiri dan patuh tatacara operasi piawai (SOP) meskipun tiada gejala atau tidak memakai gelang kuarantin," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Program Saringan Komuniti anjuran Kerajaan Negeri berlangsung di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Batang Kali dan Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Semalam Dr Muhammad Farhan meminta individu disyaki positif tidak panik serta bersabar menunggu panggilan pejabat kesihatan daerah untuk untuk menjalani ujian pantas polimerase masa nyata (RT-PCR) bagi mengesahkan status jangkitan.

Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh negeri mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619