AGENSI

Usahawan, jurutera jadi sukarelawan bantu petugas hadapan

26 Jun 2021, 1:24 PM
Usahawan, jurutera jadi sukarelawan bantu petugas hadapan
Usahawan, jurutera jadi sukarelawan bantu petugas hadapan
Usahawan, jurutera jadi sukarelawan bantu petugas hadapan

KAJANG, 26 JUN: Simpati dengan kesusahan petugas barisan hadapan menangani Covid-19, usahawan madu kelulut tampil untuk mencurah bakti membantu dengan menjadi sukarelawan.

Cerita Amin Hafidzi,30, beliau sanggup meninggalkan seketika perniagaan yang diusahakan sejak 2007 itu demi menjadi sukarelawan di pusat saringan.

[caption id="attachment_477005" align="alignright" width="394"] Jurutera Muhammad Quayyum Sufian, 28[/caption]

"Saya menjadi sukarelawan sejak usia belasan tahun lagi tetapi yang pertama di pusat saringan. Ibu bapa mendidik dari kecil supaya sentiasa ringan tulang membantu masyarakat.

"Berasa simpati sahaja tidak cukup, perlu menyantuni petugas barisan hadapan dan meringankan beban mereka dengan menjadi sukarelawan supaya memudahkan urusan semua pihak," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau yang ditemui pada program Saringan Komuniti fasa tiga DUN Kajang di Dewan Seri Cempaka juga memberitahu kerjayanya sebagai peniaga antara faktor memudahkan beliau bergerak sebagai sukarelawan.

[caption id="attachment_477006" align="alignleft" width="334"] Usahawan Amin Hafidzi, 30[/caption]

Bagi jurutera, Muhammad Quayyum Sufian,28, beliau memilih menjadi sukarelawan kerana mahu memberi sumbangan kepada komuniti selaku anak jati Kajang.

"Saya sedar keputusan menjadi sukarelawan terdedah dengan risiko dijangkiti tetapi niatnya mendapat restu ibunya.

"Kepayahan sebagai petugas barisan hadapan hanya dirasai apabila tidak berada dalam bidang perubatan dan sebab itu saya memilih untuk menjadi sukarelawan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619