AGENSI

Kilang sarung tangan getah cemar longkang awam ditutup

2 Jun 2021, 5:58 AM
Kilang sarung tangan getah cemar longkang awam ditutup

SHAH ALAM, 2 JUN: Sebuah kilang sarung tangan getah yang dibenarkan beroperasi dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) menyeluruh diarah tutup selepas dikesan melepaskan sisa buangannya ke longkang awam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor berkata dalam pemeriksaan di premis di Beranang, Hulu Langat itu pihaknya mendapati air cucian dan bilasan bahan berkaitan bercampur asid telah dibuang ke saliran berhampiran tanpa dirawat.

"Kilang itu sepatutnya merawat sisa tersebut mengikut Sistem Pengolahan Efluen tetapi tidak melakukannya dan ini boleh menyebabkan risiko pencemaran di punca rawatan air untuk kegunaan ramai.

"Pemeriksaan juga mendapati premis berkaitan tidak mempunyai sistem rawatan air yang wajib dibangunkan sebelum dibenarkan beroperasi," kata Nor Aziah Jaafar di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyita peralatan di kilang itu dan sudah memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menyiasat dari aspek pelesenan.

"Kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas pelbagai kesalahan antaranya tidak merawat sisa kilang dan tiada sistem rawatan," katanya.

Beliau berkata JAS Selangor akan meneruskan pemeriksaan di kilang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP menyeluruh bagi memastikannya mengikut peraturan dan tidak menyebabkan pencemaran.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619