BERITA UTAMA

Enam pentadbir dibenar solat jemaah, tiada aktiviti di rumah ibadat

1 Jun 2021, 12:00 AM
Enam pentadbir dibenar solat jemaah, tiada aktiviti di rumah ibadat
Enam pentadbir dibenar solat jemaah, tiada aktiviti di rumah ibadat

SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor menetapkan hanya enam pentadbir masjid dan surau dibenarkan solat berjemaah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat mulai hari ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan ketetapan berkenaan berkuat kuasa sepanjang PKP sehingga satu tempoh ditetapkan dari semasa ke semasa.

Senarai bilangan ahli jemaah di masjid dan surau seperti berikut:

Mohd Zawawi menambah semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau ditangguhkan, namun kuliah atau tazkirah dibenarkan secara dalam talian dari kediaman penceramah.

Menurutnya, pengurusan solat jenazah bukan Covid-19 pula dibenarkan di masjid dan surau dengan kehadiran jemaah atau kaum kerabat terdekat tidak lebih 15 orang tidak termasuk pentadbir yang menguruskan jenazah.

"Pentadbir perlu terus memberi akses dan kemudahan ruang solat kepada musafir, pemandu e-panggilan, khidmat penghantar makanan dan pemandu kenderaan awam dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

"Masjid dan surau boleh mengambil inisiatif menyalurkan bantuan kepada mana-mana ahli kariah terjejas dengan PKP tetapi keutamaan dalam bentuk wang tunai yang disalur terus ke akaun penerima," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619