BERITA UTAMA

Kutip lebih RM350,000, tabung kemanusiaan Palestin dilanjut dua minggu

31 Mei 2021, 10:28 AM
Kutip lebih RM350,000, tabung kemanusiaan Palestin dilanjut dua minggu
Kutip lebih RM350,000, tabung kemanusiaan Palestin dilanjut dua minggu

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Negeri berjaya mengutip lebih RM350,000 untuk Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin yang dibuka selama 10 hari sejak 19 Mei lalu.

EXCO hal ehwal agama Islam berkata tabung bagi membantu rakyat Palestin dilanjutkan dua minggu lagi bagi mencapai sasaran kutipan RM1 juta susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata dana itu merupakan sumbangan wakil rakyat, anak syarikat Kerajaan Negeri, pihak swasta dan orang ramai, selain tiga individu menyumbang barang kemas bernilai RM30,000 sebagai tanda sokongan.

"Kutipan derma ini akan digunakan untuk membeli sebuah ambulans, tiga kenderaan pelbagai guna bagi memudahkan pergerakan sukarelawan dan menyediakan bekalan makanan.

"Tiga sasaran ini diharap dapat meringankan beban saudara kita yang terpaksa berdepan keganasan dasar Apartheid Zionis Israel," katanya ketika serahan sumbangan tabung berkenaan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Menurut Mohd Zawawi, pihaknya sedang menunggu sumbangan beberapa agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menunjukkan komitmen untuk membantu merealisasikan hasrat tersebut.

"Kita memahami kekangan PKP ini dan bersetuju melanjutkan sedikit masa bagi memberi ruang kepada agensi dan syarikat yang banyak bekerja dari rumah, malah mereka berjanji untuk serah sumbangan secepat mungkin," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin boleh dibuat melalui nombor akaun 8604747531 (Cimb Islamic Bank Berhad) atas nama Bendahari Negeri Selangor dan rujukan Palestin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619