ADN

Jelajah Temu Rakyat bantu penduduk Sentosa daftar vaksin

18 Apr 2021, 9:49 AM
Jelajah Temu Rakyat bantu penduduk Sentosa daftar vaksin

KLANG, 18 APRIL: Lebih 200 penduduk sekitar Sentosa mendaftar suntikan vaksin melalui tiga program Jelajah Temu Rakyat yang dianjurkan pusat khidmat DUN berkenaan.

Wakil rakyatnya Dr Gunarajah R George berkata siri jelajah yang diadakan sejak tiga minggu lalu membantu individu yang tidak mempunyai telefon pintar untuk mendaftar.

"Kebanyakan mereka dalam kalangan warga emas. Kita juga bekerjasama dengan persatuan penduduk untuk membuat hebahan kepentingan vaksin,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau penganjuran kelas percuma Sinar Ilmu Harapan Sentosa di sini untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Gunarajah menambah pihaknya giat memberi kesedaran dan penerangan pengambilan vaksin Covid-19 berikutan ada penduduk yang takut berbuat demikian.

“Vaksin ini mustahak lebih-lebih lagi ada gelombang baharu, jadi kita perlu berjaga-jaga selepas mengharunginya lebih 14 bulan. Vaksin juga keperluan untuk memulihkan keadaan,” katanya.

Pada 4 April, Kerajaan Selangor melancarkan program Outreach Imunisasi Covid-19 Selangor (ImuniSel)

secara besar-besaran bagi membantu golongan yang berdepan kesukaran mendaftar vaksin.

Dato’ Menteri Besar berkata program itu dibuat berikutan 37 peratus isi rumah di negeri ini tiada capaian kepada telefon pintar berdasarkan Jabatan Perangkaan pada 2019.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan pusat khidmat DUN dan Parlimen, ahli majlis serta ketua kampung akan bergerak aktif membantu proses pendaftaran.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619