ADN

37 warga emas, golongan B40 di DUN Sentosa terima cermin mata percuma 

20 Feb 2023, 12:30 PM
37 warga emas, golongan B40 di DUN Sentosa terima cermin mata percuma 
37 warga emas, golongan B40 di DUN Sentosa terima cermin mata percuma 

SHAH ALAM, 20 FEB: Seramai 37 penduduk berpendapatan rendah (B40) termasuk warga tua sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima cermin mata percuma.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata selain pemberian cermin mata, penduduk turut ditawarkan pemeriksaan mata secara percuma di VO Optics, Sentosa.

“Ini adalah program cermin mata percuma yang keempat dilaksanakan khusus kepada golongan B40 dan warga tua yang telah mendaftar di Pusat Khidmat DUN Sentosa,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_567559" align="aligncenter" width="728"] Peserta sedang menjalani pemeriksaan mata ketika program Pemberian Cermin Mata Percuma DUN Sentosa di VO Optics di Sentosa, Klang pada 19 Februari 2023. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj[/caption]

Menurut Gunaraj, program kemasyarakatan itu dilaksanakan oleh Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Sentosa dengan kerjasama VO Optics dan Keluarga Clarence.

"Terima kasih Ms Anetha selaku pengarah program dan pasukan SUKA Sentosa yang telah menjayakan program ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619