AGENDA

Langgar SOP: Polis panggil pengurus acara, saksi majlis nikah Neelofa

29 Mac 2021, 2:26 AM
Langgar SOP: Polis panggil pengurus acara, saksi majlis nikah Neelofa

SHAH ALAM, 29 MAC: Polis akan memanggil pengurus acara majlis pernikahan pelakon, Neelofa hari ini yang didakwa melanggar tatacara operasi piawai (SOP).

Ketua polis Daerah Dang Wangi berkata turut dipanggil ialah beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel untuk memberi keterangan, lapor Sinar Harian.

"Kita sudah mengambil keterangan pihak hotel dan hari ini dijangka pengurus acara majlis berkenaan tampil untuk memberi keterangan manakala saksi lain akan dipanggil dalam masa terdekat," kata Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau juga memberi jaminan pihaknya tidak memilih bulu dalam pelaksanaan SOP serta mengambil tindakan sewajarnya selepas kertas siasatan lengkap seterusnya diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Semalam, polis membuka kertas siasatan berhubung majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dengan pendakwah bebas, PU Riz.

Siasatan awal mendapati majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619