AGENDA

JIM: Lelaki Thailand, Pakistan kahwin wanita Kelantan catat peningkatan

18 Feb 2025, 11:04 AM
JIM: Lelaki Thailand, Pakistan kahwin wanita Kelantan catat peningkatan

KOTA BHARU, 18 FEB: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mendedahkan jumlah wanita di negeri berkenaan yang berkahwin dengan lelaki warga asing dari Thailand dan Pakistan menunjukkan trend peningkatan sejak dua tahun lepas.

Pengarah JIM Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata data itu diperoleh berdasarkan jumlah permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang dibuat oleh warga asing dari kedua-dua negara berkenaan.

“Jumlah lelaki Thailand yang membuat permohonan itu meningkat pada tahun 2024 iaitu 78 orang berbanding 57 orang pada 2023 selepas berkahwin dengan wanita Kelantan.

“Lelaki Pakistan yang berkahwin dengan wanita Kelantan juga menunjukkan peningkatan iaitu 34 orang pada tahun 2024 berbanding 27 orang pada 2023,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Yusoff berkata antara faktor perkahwinan itu adalah diperkenalkan oleh rakan, saudara-mara serta perkenalan di laman media sosial seperti Facebook.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619