AGENDA

Anak Selangor dipelawa mohon hadiah masuk universiti, dapat RM1,000

28 Feb 2021, 8:47 AM
Anak Selangor dipelawa mohon hadiah masuk universiti, dapat RM1,000
Anak Selangor dipelawa mohon hadiah masuk universiti, dapat RM1,000

SHAH ALAM, 28 FEB: Anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah boleh memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) berjumlah RM1,000 mulai esok.

Yayasan Selangor berkata pemohon mesti pelajar tahun pertama yang menerima tawaran pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda, diploma serta sijil kemahiran tahap empat di IPT awam dan swasta.

"Selain lahir di Selangor, mereka pemastautin di Selangor lebih setahun juga boleh memohon. Syarat lain adalah warganegara dan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi hpipt.selangor.gov.my mulai 1 Mac sehingga 31 Mac," katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut yayasan, dokumen sokongan boleh dihantar ke Urus Setia HPIPT Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor.

Inisiatif HPIPT dilaksanakan sejak 2008 untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619