AGENDA

Anak Selangor dipelawa mohon hadiah masuk universiti RM1,000

7 Mac 2022, 2:03 AM
Anak Selangor dipelawa mohon hadiah masuk universiti RM1,000
Anak Selangor dipelawa mohon hadiah masuk universiti RM1,000

SHAH ALAM, 7 MAC: Anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah dipelawa memohon hadiah pengajian institut pengajian tinggi (HPIPT) berjumlah RM1,000 mulai 1 Mac hingga 31 Mac ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan pemohon mestilah pelajar tahun pertama yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan sijil kemahiran tahap empat di IPT awam serta swasta.

"Sila klik http://hpipt.selangor.gov.my/ untuk permohonan.

"Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia HPIPT di talian 03-55447385 atau 03-55215523," katanya di Facebook.

Berdasarkan info grafik pemohon mesti warga Malaysia yang lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya selama 11 tahun.

Inisiatif HPIPT dilaksanakan sejak 2008 untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta.

[caption id="attachment_511744" align="aligncenter" width="622"] Permohonan hadiah pengajian institut pengajian tinggi dibuka sehingga 31 Mac ini.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619