BERITA UTAMA

Hijrah guna data PBT bantu usahawan terima manfaat

24 Feb 2021, 3:15 PM
Hijrah guna data PBT bantu usahawan terima manfaat

SHAH ALAM, 24 FEB: Hijrah Selangor (Hijrah) akan mendapatkan data usahawan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini sebagai usaha membantu peniaga menerima manfaat skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Go Digital.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata langkah berkenaan mampu melahirkan lebih ramai peniaga sekali gus merancakkan sektor ekonomi.

"Kita akan turun padang dan uar-uarkan perkara ini. Selain bantuan modal, masyarakat perlu tahu mereka akan dibantu dari segi kemahiran serta asas perniagaan dalam talian.

"Setakat ini hampir 1,000 permohonan diterima untuk kedua-dua skim. Pemohon yang layak akan terima bantuan dalam tempoh seminggu," katanya pada program Back To School DUN Batu Tiga semalam.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan skim NaDI dengan jumlah peruntukan awalan sebanyak RM10 juta yang bakal membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000.

Skim tersebut menyasarkan 3,000 penerima untuk terus berniaga menggunakan lesen penjaja sementara daripada PBT manakala skim Go Digital menyasarkan 3,000 usahawan sedia ada menerusi pinjaman pembelian alat telekomunikasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619