AGENDA

Murid tiada seragam sekolah boleh pakai baju biasa hingga 26 Mac

24 Feb 2021, 8:53 AM
Murid tiada seragam sekolah boleh pakai baju biasa hingga 26 Mac

PUTRAJAYA, 24 FEB: Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM berkata kebenaran itu diberi mulai 1 Mac sehingga 26 Mac, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021.

KPM berkata berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah, namun mengambil kira keadaan semasa kebenaran itu diberikan.

Menurutnya perkara itu diputuskan susulan banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.

"KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik," katanya.

Pada 19 Februari lepas, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619