AGENDA

Menteri: Purata murid ke sekolah lebih 85 peratus sejak 3 Oktober

30 Nov 2021, 3:28 AM
Menteri: Purata murid ke sekolah lebih 85 peratus sejak 3 Oktober

SHAH ALAM, 30 NOV: Purata trend kehadiran murid ke sekolah melebihi 85 peratus antara 3 Oktober hingga semalam, kata menteri kanan pendidikan.

Datuk Dr Radzi Jidin berkata peratusan itu direkodkan di 10,060 sekolah seluruh negara membabitkan lebih 4.38 juta murid, lapor Berita Harian.

"Trend kehadiran ini menunjukkan pembukaan sekolah secara umumnya diterima baik ibu bapa dan murid.

"Pembukaan semula sekolah secara bersemuka ini juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman berhubung perkembangan terkini operasi sekolah di seluruh negara sejak 3 Oktober.

Sesi pembelajaran bersemuka dibuat secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619