BERITA UTAMA

Jana pendapatan, manfaat tanah terbiar kawasan luar bandar

20 Feb 2021, 3:48 AM
Jana pendapatan, manfaat tanah terbiar kawasan luar bandar

KUALA LANGAT, 20 FEB: Masyarakat luar bandar disaran memanfaatkan tanah kosong dimiliki bagi meningkatkan taraf hidup dan menjana pendapatan.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata penduduk boleh mengusahakan tanah terbiar dengan menanam sayuran dan buah-buahan untuk dijual.

"Kampung biasanya memiliki banyak tanah dengan keluasan sangat besar, namun tidak digunakan sebaik mungkin hingga tumbuh belukar dan tidak mendatangkan hasil.

"Jadi, penduduk perlu guna peluang itu untuk perkara yang boleh memberi dampak terhadap ekonomi keluarga dan kampung mereka," kata Borhan Aman Shah.

Beliau yang ditemui pada program Kita Ke Kampung di Batu 8 Sijangkang semalam memaklumkan bantuan modal turut disediakan bagi individu yang berminat menjalankan sebarang perusahaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619