AGENDA

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam

28 Jan 2021, 12:27 AM
Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu hari ini.

Kedua-dua Seri Paduka Baginda menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facbook Istana Negara, semalam.

“Pada hari yang bermakna ini, beta berdua mengucapkan selamat menyambut perayaan ini dengan penuh keceriaan dan aman kepada semua penganut Hindu,” menurut hantaran tersebut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619