AGENDA

Rakyat Selangor tolak pelampau, hidup saling menghormati

26 Jan 2024, 4:19 AM
Rakyat Selangor tolak pelampau, hidup saling menghormati

SHAH ALAM, 26 JAN: Perayaan Thaipusam yang disambut meriah di negeri ini membuktikan rakyatnya menolak para ekstremis dan pelampau yang sering memainkan retorik sempit serta jumud.

Dato’ Menteri Besar berkata rakyat Selangor membuktikan bahawa perpaduan adalah asas kestabilan dan keharmonian yang perlu terus disemai serta dipertahankan.

"Saban tahun Batu Caves menjadi tumpuan dunia apabila tiba perayaan Thaipusam dengan penganut agama Hindu dari seluruh dunia berkumpul dan berarak ke Kuil Sri Subramaniar.

"Tahun ini, perayaan Thaipusam disambut dengan meriah. Malam tadi saya menyaksikan ratusan ribu penganut agama Hindu meraikan Thaipusam.

"Ini membuktikan bahawa Selangor adalah model contoh masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup saling hormat menghormati dalam rukun dan damai," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Beliau berkata Selangor sentiasa menjadi tumpuan dunia dan pentadbirannya sentiasa berikhtiar untuk menjadi lebih baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619