AGENSI

Selangor Freelance bakal cipta lebih 1,000 peluang kerja

20 Jan 2021, 5:31 AM
Selangor Freelance bakal cipta lebih 1,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 20 JAN: Inisiatif Selangor Freelance bakal mencipta lebih 1,000 peluang pekerjaan dan membantu golongan terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata pelaksanaan inisiatif berkenaan disegerakan bagi menyerap hentakan ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan ia dilaksana dengan kerjasama beberapa platform pekerja bebas untuk menjana pendapatan tambahan melalui ekonomi sampingan.

"Kerja ini melibatkan kemahiran tinggi seperti perkhidmatan pemasaran digital, perakaunan, pengaturcaraan, pengurusan akaun media sosial dan kerja kolar biru seperti juruelektrik, tukang paip serta pembersih rumah," katanya ketika pengumuman khas Pakej Kita Selangor hari ini.

Selangor Freelance disenaraikan bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).

Pakej Kita Selangor dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619