AGENSI

1,805 warga tani dapat manfaat petrol, makanan ternakan

8 Sep 2021, 7:23 AM
1,805 warga tani dapat manfaat petrol, makanan ternakan
1,805 warga tani dapat manfaat petrol, makanan ternakan

SHAH ALAM, 8 SEPT: Seramai 1,805 warga tani di negeri ini menerima manfaat berjumlah RM813,900 untuk memastikan kelangsungan jaminan makanan setakat 26 Julai.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif terangkum dalam Pakej Kita Selangor 1.0 meliputi bantuan makanan ternakan dan akuakultur serta pembelian petrol.

"Pelbagai bantuan dan insentif diwujudkan bagi membantu warga tani di Selangor. Langkah ini bagi memastikan jaminan bekalan makanan di samping membantu kehidupan warga tani," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Lampiran dikongsi di Facebook rasminya menunjukkan ketiga-tiga bantuan itu selesai diagihkan merangkumi 300 penerima bantuan makanan ternakan berjumlah RM270,000.

Sementara bantuan makanan akuakultur memanfaatkan 154 penerima dengan belanja sebanyak RM138,600 dan 1,351 lagi menerima baucar petrol dengan kos keseluruhan RM405,300.

Menurut lampiran sama, bantuan baja kompos dan bahan mentah asas tani pula dalam peringkat penghantaran bekalan.

Pada 20 Jun, Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan Pakej Kita Selangor berjumlah RM73.9 juta

untuk berdepan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Seramai 10,160 warga tani dibantu menerusi pakej itu dengan peruntukan RM2 juta, termasuk setiap seroang menerima bakul makanan dan bahan mentah.

[caption id="attachment_486683" align="aligncenter" width="500"] Infografik dikongsikan di Facebook Amirudin Shari[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619