ADN

DUN Kinrara teruskan inisiatif 2020 bantu rakyat terjejas Covid-19

1 Jan 2021, 8:32 AM
DUN Kinrara teruskan inisiatif 2020 bantu rakyat terjejas Covid-19

PUCHONG, 1 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara tekad meneruskan inisiatif tahun lalu bagi membantu penduduk terutama mereka yang terjejas ekoran Covid-19.

Wakil rakyatnya, Ng Sze Han berkata program tersebut termasuklah Sayangi Kinrara, Dapur Kinrara dan Ziarah Medik Kinrara.

"Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita lancarkan program Sayangi Kinrara iaitu penyediaan peti makanan yang mana masyarakat kurang berkemampuan boleh datang pusat khidmat saya untuk ambil makanan.

"Kita turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai meletak makanan dalam peti tersebut," katanya selepas melawat parkir kenderaan baharu di Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong semalam.

Sze Han menambah Dapur Kinrara pula beroperasi setiap Ahad, jam 12 tengah hari hingga 2 petang di Balai Masyarakat MBSJ, Puchong Jaya yang berfungsi memberi makanan kepada golongan memerlukan.

"Selain itu, Program Ziarah Medik Kinrara berkonsepkan beri bantuan kesihatan seperti kerusi roda dan lampin pakai buang dewasa kepada golongan memerlukan dengan membuat lawatan terus ke kediaman mereka," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619