BERITA UTAMA

Terjejas Covid-19, DUN Kinrara salur bekalan makanan

19 Dis 2020, 12:18 AM
Terjejas Covid-19, DUN Kinrara salur bekalan makanan

PUCHONG, 19 DIS: Pusat Khidmat DUN Kinrara mewujudkan pelbagai inisiatif bagi membantu penduduk yang terjejas susulan penularan Covid-19.

Wakil rakyatnya berkata usaha meliputi penyediaan peti makanan yang membekalkan barangan asas dan boleh diambil berulang kali jika perlu.

"Kita tidak agihkan bekalan dari rumah ke rumah tetapi keluarga terjejas boleh datang ambil makanan di pusat khidmat masyarakat," kata Ng Sze Han ketika ditemui semalam.

EXCO kerajaan tempatan turut melaksana program Dapur Kinrara yang menyediakan makanan sayuran setiap Ahad bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang.

Sze Han memaklumkan sebanyak 137 pek makanan diagihkan setakat ini dan mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619