BERITA UTAMA

Vaksin Covid-19: Kerajaan digesa utamakan golongan berisiko tinggi

23 Dis 2020, 7:00 AM
Vaksin Covid-19: Kerajaan digesa utamakan golongan berisiko tinggi

SHAH ALAM, 23 DIS: Kerajaan perlu mengutamakan golongan berisiko tinggi dalam pemberian suntikan vaksin Covid-19, kata pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC).

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata golongan itu termasuk petugas barisan hadapan, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik serta warga emas.

"Saya ingatkan KKM dan kerajaan ambil perkara ini dengan penuh tanggungjawab," katanya menerusi wawancara 'Cabaran Tangani Peningkatan Kes Covid-19 di Selangor' di Astro Awani malam tadi.

Kerajaan sebelum ini menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin Covid-19.

Sebanyak satu juta dos vaksin dijangka diterima pada Mac tahun depan yang akan dikhaskan kepada petugas barisan hadapan.

Bagaimanapun, suntikan itu tidak akan diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dan ibu mengandung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619