AGENDA

Kaji, fahami sumbangan Prof Diraja Ungku Aziz - tokoh

16 Dis 2020, 11:40 AM
Kaji, fahami sumbangan Prof Diraja Ungku Aziz - tokoh

SHAH ALAM, 16 DIS: Tokoh wartawan menyeru semua pihak mengkaji dan memahami sumbangan diberikan Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz kepada negara dalam pelbagai bidang.

Tan Sri Johan Jaaffar mahu pemikiran ilmuwan ulung itu didedahkan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi supaya generasi muda sedar Ungku Abdul Aziz adalah ikon yang tiada galang ganti.

“Saya percaya beliau sebelum ini menelaah atau mengkaji haiku Jepun dan sebagainya untuk mencerminkan pemikiran orang Jepun sebab itu beliau menggunakan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu, 'The Genius of the Malay Mind'.

“Jadi ini adalah kekuatan yang ada pada Pak Ungku," katanya memetik laporan Astro Awani.

Beliau berkata pembinaan monumen minda dalam kalangan masyarakat juga penting kerana tokoh akademik dan ekonomi itu pernah menekankan aspek tersebut sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619