AGENDA

Tokoh wartawan: Tidak wajar sama sekali 'tukar' editor pulihkan NST

13 Sep 2022, 1:43 PM
Tokoh wartawan: Tidak wajar sama sekali 'tukar' editor pulihkan NST

SHAH ALAM, 13 SEPT: Tokoh wartawan negara membantah keputusan The New Straits Times Press (NSTP) menukar Pengarang Kumpulannya Ahmad Lokman Mansor akibat campur tangan politik.

Tan Sri Johan Jaaffar berkata beliau "tidak dapat menerima sama sekali" editor yang membantu membangkitkan semula syarikat media itu berdepan tindakan tersebut.

“Saya berdiri teguh menyokong Ahmad Lokman atas keberaniannya membuka ruang liputan. New Straits Times menjadi akhbar yang lebih baik hari ini berkat usahanya," katanya dalam kenyataan.

Hari ini, NSTP mengumumkan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai pengarang kumpulan baharu bagi menggantikan Ahmad Lokman.

Penukaran jawatan itu didakwa akibat campur tangan politik dalam urusan syarikat media berkenaan.

"Saya risau campur tangan mana-mana parti politik dalam pelantikan pengarang. Masa telah berubah, begitu juga dengan dinamik perniagaan media," kata Johan lagi.

Beliau juga melahirkan kebimbangan apabila bekas ketua pengarang The Edge Ahmad Azam Mohd Aris dihadap ke mahkamah atas dua pertuduhan memfitnah menerusi artikel yang disiarkan akhbar niaga itu.

Hari ini, Ahmad Azam dan bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa memfitnah seorang bergelar Datuk dan empat syarikat menerusi penyiaran dua artikel bertarikh 21 hingga 27 September 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619